Semput lagi..
1.15 pagi
tarik nafas.. buang nafas.. tarik nafas.. buang nafas.. ok yana, u can do it.. camno lak tetiba ley semput memalam buto ni.. beseyer semput datang dalam kul 5.30 gitu.. kali ni cepat lak.. kerongkong rasa perit.. dada pon sesak teruk.. lama gak pujuk diri ini untuk bertenang dan sambung tidur tapi dia tetap tak nak tidur, rasa x selesa badan sebab kerongkong sakit.. badan terasa panas dan berpeluh-peluh.. batuk makin lama makin teruk.. nak pekena strepsils baru ok kut. lantas aku kejutkan hubby..
“awak.. belikan strepsils kat 7e bley?” aku rasa serba salah. tapi xley, aku rasa da x ley go on dengan keadaan camni.
dengan keadaan separuh sedar, hubby pun pergi strepsils kat 7e. hubby balik dengan 2 paket strepsils, satu yang cool yer, lagi satu yang ada vitamin c.
“awak makan dulu 3 biji. nanti kalo teruk sangat, kita p spital k..”
“spital mana?” suara aku antara dengar x dengar. udara yang dapat aku hirup cukup-cukup makan untuk peparu aku yang tengah jem ni.
“htj”
Hospital Tuanku Jaafar. biar betik? gasak la.. yang penting telan stepsil dulu.
2.10 pagi
mata aku mula layu. dan mula ngantuk nak tido. tetiba aku terbatuk. batuk makin lama berpanjangan. x ley jadi ni. aku gerakkan hubby aku. xnak gak bangun. terus aku goncangkan badan dia. sambil2 panggil dia. aku rasa cam nak nangis da sebab da xley bernafas dan terpaksa kejutkan yg hubby tido lena.
“huh?”
“sori susahkan awak. kita p spital ya.. saya da x larat.”
dengan kudrat yang ada aku bersiap dan drive ke htj via lekas highway dengan kelajuan 120kmj. cepatlah sampai.. cepatlah sampai.. sambil2 tu aku cuba tenangkan diri supaya tak terbatuk. kalo batuk mesti dada aku kejung teruk.
“awak ley mandu x? kalo x saya drive”
“xpe, saya boleh drive”
2.35 pagi
seremban lengang. tapi aku masih ikut peraturan jalan raya. berhenti bila lampu merah. jalan bila lampu hijau. akhirnya kami sampai. aku main parking kat parking on call. x silap aku tu untuk pekerja spital yang on call. x per la. da itu parking yang terdekat dengan ruang kecemasan. lepas kuar dari bilik air, kami ke ruang kecemasan.
“dia ada asma”
“ada pakai inhaler atau pape ubat x sebelum ni?”
aku geleng kepala, xley cakap walaupun sepatah. nafas aku cukup2 utk peparu jer.
“how do you know you got athma?”
“i cant breath”
doktor tu pon check.
“xpe, u pergi terus belok kanan”
aku pon ikut jer arahan sampai ditemani hubby. ohh, zon kuning. ok..
x ramai pesakit di ruang asma kat zon kuning. ruang asma? betul ker.. lebey kurang ar. sorang doktor pompuan membantu, singh kut. sebab hujung nama ada kaur.
soalan yang sama dia tanya..
“how do you know you got athma?”
“i cant breath”
“pernah amik ubat @ inhaler sebelum ni?”
Geleng pala.
doktor tu pon check.
2.50 am
aku disuruh duduk kat satu sofa. hubby lak pergi uruskan pendaftaran. kat dinding ada cam tempat untuk sedut. tempat sedut kut. berderet kerusi sofa siap dengan selimut. time tu ada sorang pesakit. campur aku jadi 2 la. dia tengah menyedut. inhaler kut. aku first time menyedut. tu yang cam jakun sket. doktor kasi satu set inhaler kit. kena tekap kat hidung. pastu dia onkan alat kat dinding tu. aku pon mula menyedut. mataku meliar pandang sekeliling. nampak perkataan nebulizer. misti ada kena ngena dengan asma. badan aku yang memula panas berpeluh bertukar menjadi sejuk. kesan dari asma kut. kalo kena serang, badan mesti berpeluh. aku pakai outfitter yang dibawa dari rumah. dada yg tadi berat jadi ringan sedikit demi sedikit. mata aku mula berat. aku lelapkan mata kejap tanpa mempedulikan sekitar aku.
3.30 am
bahu aku rasa sengal sangat. tapak tangan rasa kering. aku lihat jari jemari aku menggigil2. begitu juga dengan anggota badan yang lain. aphal lak ni? kesan ubat kut.
“macamana rasa? ok x?”
“ok lah”
3.50 am
upacara menyedut dah berakhir. sorang doktor lelaki ala eric leong membantu dan memeriksa keadaan peparu aku. tanya pasal sejarah asma dalam keluarga, alergik dan lain-lain.
“peparu u skarang da clear.”
“doktor, kenapa badan saya menggigil?”
“ohh, ubat tu akan buat badan u jadi hyperaktif.”
“ohh..”
ohh jer la. tetiba aku batuk. tapi batuk aku x seperti tadi. dengan senang kahak bley kuar dari badan aku. banyak la gak. aku rasa lega sangat. alhamdulillah..
“ni perskripsi ubat, tapi ubat ni ngantuk lepas u makan”
“erm.. doktor. ada pape mc ker apa ker..”
aku target nak dapat mc. dengan keadaan aku dan ubat yang dibekalkan. aku perlukan rehat.
“u sekolah kan?”
“i x skola doktor.. i kerja”
“u tunggu ya.. i dapatkan mc”
yes. mc satu.
“terima kasih”
aku ke bilik 10 untuk amik ubat. kelihatan hubby sedang tido lena. kesian dia kena lalui semua ni dengan aku. lepas aku amik ubat, aku drive balik umah.
la.. nape ni.. berhenti la menggigil. tapak kaki aku yg menekan pedal minyak x berhenti menggigil. erm.. wat rileks je la.. kereta pon x terhenjut-henjut.
aku drive 60kmj melalui bukit mantin. gulap-gulita. mata aku kekadang terkatup. ehehee.. kelakar lak rasa yer..
5 pagi
sampai jer umah. aku makan 2 keping biskut dan minum air kosong. pastu telan ubat yang diberikan. la ni baru terasa badan sejuk. aku capai selimut terus terlena..
Kau yang tercantik
Q : Siapa orang paling cantik kat dunia ini?
A : Mak aku.
Q : Siapa orang paling kacak kat dunia ini?
A : Bapak aku la beb. Ko hensem ker? Hahaha…
Itula serba sedikit pendirian aku pasal benda subjektif ni. Aku nak dedikasikan pos ni untuk mak aku. Tengah tidur kut. Atau xley tidur dek dengkuran bapak aku yang kuat. Hee.. sabar yer Mak.. Sejak jadi isteri orang ni, x sket x banyak aku akui aku windu kat mak aku. Lebey2 lagi masakan mak aku. hurm..
Mak, Nina rindukan Mak, Nina sayangkan Mak. Moga Mak sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera di sana. Kepada sesiapa yang masih ada Mak, hargailah Mak anda. Sesungguhnya itulah harta yang tidak ternilai harganya. Dunia pon tidak dapat gantikan Mak anda. -_-”
Aku ker Titiwangsa?

Suspen yer tajuk. Lelebey lagi hubby menekup muka yer. Kenapa ya? Hua hua.. Jangan salah paham.. beliau baru sahaja membaca doa selepas azan zuhur..
Erm.. sepatutnya semalam kitorang p dating, tapi cancel sebab aku semput balik malam kelmarin. Cian, lenkali makan luar lagi yer.. Huhu.. Since aku serik nak makan luar, hubby tapau dr rumah. Piknik gitu. Awal perancangan nak g Taman Tasik Seremban, alih-alih nak gi KL sebab nak p jalan pasar, pastu nak p balai seni lukis negara, pastu terasa gatal lak nak p titiwangsa. Hua hua.. teringat masa zaman bujang dating dengan hubby. auw~
kitorang tawaf 1 tasik sebelum cari port untuk bersantai.. last2, jumpa 1 port dan yang apa yang xley dilupakan ini merupakan salah satu tempat hubby bertanya.. will u marry me? ha ha..

Tenang suasana di tasik titiwangsa. Mendengar deruan angin, melihat pancuran air yang tinggi. Sambil-sambil tu menikmati bento yang hubby sediakan. Melihat senyuman hubby. Hilang jap semua masalah yang ada pada diri ni.

I see trees of green, red roses too
I see them bloom for me and you
And I think to myself what a wonderful world.

I see skies of blue and clouds of white
The bright blessed day, the dark sacred night
And I think to myself what a wonderful world.
The colors of the rainbow so pretty in the sky
Are also on the faces of people going by
I see friends shaking hands saying how do you do
They’re really saying I love you.

I hear babies crying, I watch them grow
They’ll learn much more than I’ll never know
And I think to myself what a wonderful world
Yes I think to myself what a wonderful world.
Ayam Perap
hahaha.. terliur bila teringat ayam panggang masa barbecue dengan jiran-jiran. Since hubby ada join proses memerap ayam, aku minta hubby membantu aku dalam membuat ayam panggang. Ayam aku beli kat Ayamas, x caya la kalo beli kat tempat lain. Bergantung pada masing-masing. Ada yang nak murah, ada yang pentingkan keHALALan sesuatu barang. Aku pilih halal woo.. Ok.. ketepikan halal haram. Korang sume tau mana yang terbaik untuk korang kan..
Ayam aku perap semalaman. Tatau la betul ker x.. Tapi hubby bitau perap dengan perahan limau kasturi + asam jawa. Hee.. Pastu esok pagi yer.. aku terus buka peti ais nak memanggang.. inila hasil perapan.. :p

erm.. pastu aku memanggang pakai dapur letrik Graes. Berguna gak dapur letrik ni akhirnya, x sia-sia aku bayar ansuran setiap bulan. Inila dapur yer.. ehehee..

Ada la gak dalam setengah jam memanggang. Aroma ayam panggang menusuk perut di dinihari. Jadi pagi ni kami sarapan dengan ayam panggang dan jagung. Jagung? konon jer tu.. X jadi makan dengan jagung sebab x jumpa gerai yang ada jagung. Kat seremban melambak jagung, tapi lain lak cerita di Mantin. Agakyer kena songlap kut.. Papepun, hujung minggu kami bermula dengan baik. Haa.. best yer..
Jangan Tiru Saya
Nak gelak pon ada. Kecut pon ada. Apa yang korang tengok merupakan kedatangan aku ke opis pada bulan Januari 2010. Adoi aii.. Dulu kat PNM tak pernah nak ada bad record cenggini. Dulu naik bas p kerja. Sharp 7.15am, kaki da jejak bus stop depan PUSRAWI. Punch dalam 7.24am. Kali ni.. hurm… kalau ikutkan memang aku katakan dengan indah, yang aku tak dapat menguruskan masa dengan cekap. Camne bangun awal pun sampai opis lewat. Kalau kita amik WP2 di PNM, 8.01am tidak dikira lewat unless kalau kita punch lepas 8.15am. Uhuhu.. pe aku nak jawab dengan bos erk. Nasib la labu.. Aku berazam xnak datang lewat. Nak tau jadi ker x azam aku. Hujung Februari aku upload kedatangan aku untuk Februari. Da~
Lembu depan rumah? sesat ker lembu nie?
Dalam jam 10pg nie aku lepas jer kemas2 rumah,aku trus pergi membuka pintu grill nak sambung plak buat keje menyidai baju…
ale..ale… terpacul plak sekor lembu kat depan gate pagar rumah…lembu sesat kot? Read the rest of this entry »
Menanti Makeup Pallet….
Ari nie (ala ptg td la punyer citer) ,yana kata dia ada tempah satu set pallet make up.adik dia si farna yg tolong belikan sbb si farna yg beri info pd isteri ku….
skg nie da kul 1pagi,aku xtdo lg sbb tgh membayangkan mcm mana bentuk pallet tu..dan lg satu pallet tu ader 50 jenis kaler…
esok aku akan upload kan gambar pallet tu…
kita nantikan nya sama2 ok? hehe…
jeng..jeng..jeng….. Read the rest of this entry »
Dilema Seorang Surirumah
Nak wat sarapan dulu ker nak update blog? Ker update blog dulu baru wat sarapan? Rumah x kemas lagi neh.. Mesin basuh sedang berjalan, air sedang dijerang.. Hubby? Titon lagi woo..
erm.. erm.. camne erk.. konpius neh.. kang leka update terlajak sampai kul 12. erm.. nampaknya.. hmm.. kenalah jadi surirumah yang berjaya pada pagi ni..
Notakaki : Sedang menulis dengan memakai apron






