Waktu Digital
Waktu Solat
Fasa Bulan
Tarikh Hijriah
  • Kalendar
    April 2010
    M T W T F S S
    « Mar    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
    Asma Ul Husna
    IM Kami!!

    Jasni



    Iyiana



    MyBlogLog
    Jasni Tweetzz..

    Archive for April, 2010

    Semput lagi..

    1.15 pagi

    tarik nafas.. buang nafas.. tarik nafas.. buang nafas.. ok yana, u can do it.. camno lak tetiba ley semput memalam buto ni.. beseyer semput datang dalam kul 5.30 gitu.. kali ni cepat lak.. kerongkong rasa perit.. dada pon sesak teruk.. lama gak pujuk diri ini untuk bertenang dan sambung tidur tapi dia tetap tak nak tidur, rasa x selesa badan sebab kerongkong sakit.. badan terasa panas dan berpeluh-peluh.. batuk makin lama makin teruk.. nak pekena strepsils baru ok kut. lantas aku kejutkan hubby..

    “awak.. belikan strepsils kat 7e bley?” aku rasa serba salah. tapi xley, aku rasa da x ley go on dengan keadaan camni.

    dengan keadaan separuh sedar, hubby pun pergi strepsils kat 7e. hubby balik dengan 2 paket strepsils, satu yang cool yer, lagi satu yang ada vitamin c.

    “awak makan dulu 3 biji. nanti kalo teruk sangat, kita p spital k..”

    “spital mana?” suara aku antara dengar x dengar. udara yang dapat aku hirup cukup-cukup makan untuk peparu aku yang tengah jem ni.

    “htj”

    Hospital Tuanku Jaafar. biar betik? gasak la.. yang penting telan stepsil dulu.

    2.10 pagi

    mata aku mula layu. dan mula ngantuk nak tido. tetiba aku terbatuk. batuk makin lama berpanjangan. x ley jadi ni. aku gerakkan hubby aku. xnak gak bangun. terus aku goncangkan badan dia. sambil2 panggil dia. aku rasa cam nak nangis da sebab da xley bernafas dan terpaksa kejutkan yg hubby tido lena.

    “huh?”

    “sori susahkan awak. kita p spital ya.. saya da x larat.”

    dengan kudrat yang ada aku bersiap dan drive ke htj via lekas highway dengan kelajuan 120kmj. cepatlah sampai.. cepatlah sampai.. sambil2 tu aku cuba tenangkan diri supaya tak terbatuk. kalo batuk mesti dada aku kejung teruk.

    “awak ley mandu x? kalo x saya drive”

    “xpe, saya boleh drive”

    2.35 pagi

    seremban lengang. tapi aku masih ikut peraturan jalan raya. berhenti bila lampu merah. jalan bila lampu hijau. akhirnya kami sampai. aku main parking kat parking on call. x silap aku tu untuk pekerja spital yang on call. x per la. da itu parking yang terdekat dengan ruang kecemasan. lepas kuar dari bilik air, kami ke ruang kecemasan.

    “dia ada asma”

    “ada pakai inhaler atau pape ubat x sebelum ni?”

    aku geleng kepala, xley cakap walaupun sepatah. nafas aku cukup2 utk peparu jer.

    “how do you know you got athma?”

    “i cant breath”

    doktor tu pon check.

    “xpe, u pergi terus belok kanan”

    aku pon ikut jer arahan sampai ditemani hubby. ohh, zon kuning. ok..

    x ramai pesakit di ruang asma kat zon kuning. ruang asma? betul ker.. lebey kurang ar. sorang doktor pompuan membantu, singh kut. sebab hujung nama ada kaur.

    soalan yang sama dia tanya..

    “how do you know you got athma?”

    “i cant breath”

    “pernah amik ubat @ inhaler sebelum ni?”

    Geleng pala.

    doktor tu pon check.

    2.50 am

    aku disuruh duduk kat satu sofa. hubby lak pergi uruskan pendaftaran. kat dinding ada cam tempat untuk sedut. tempat sedut kut. berderet kerusi sofa siap dengan selimut. time tu ada sorang pesakit. campur aku jadi 2 la. dia tengah menyedut. inhaler kut. aku first time menyedut. tu yang cam jakun sket. doktor kasi satu set inhaler kit. kena tekap kat hidung. pastu dia onkan alat kat dinding tu. aku pon mula menyedut. mataku meliar pandang sekeliling. nampak perkataan nebulizer. misti ada kena ngena dengan asma. badan aku yang memula panas berpeluh bertukar menjadi sejuk. kesan dari asma kut. kalo kena serang, badan mesti berpeluh. aku pakai outfitter yang dibawa dari rumah. dada yg tadi berat jadi ringan sedikit demi sedikit. mata aku mula berat. aku lelapkan mata kejap tanpa mempedulikan sekitar aku.

    3.30 am

    bahu aku rasa sengal sangat. tapak tangan rasa kering. aku lihat jari jemari aku menggigil2. begitu juga dengan anggota badan yang lain. aphal lak ni? kesan ubat kut.

    “macamana rasa? ok x?”

    “ok lah”

    3.50 am

    upacara menyedut dah berakhir. sorang doktor lelaki ala eric leong membantu dan memeriksa keadaan peparu aku. tanya pasal sejarah asma dalam keluarga, alergik dan lain-lain.

    “peparu u skarang da clear.”

    “doktor, kenapa badan saya menggigil?”

    “ohh, ubat tu akan buat badan u jadi hyperaktif.”

    “ohh..”

    ohh jer la. tetiba aku batuk. tapi batuk aku x seperti tadi. dengan senang kahak bley kuar dari badan aku. banyak la gak. aku rasa lega sangat. alhamdulillah..

    “ni perskripsi ubat, tapi ubat ni ngantuk lepas u makan”

    “erm.. doktor. ada pape mc ker apa ker..”

    aku target nak dapat mc. dengan keadaan aku dan ubat yang dibekalkan. aku perlukan rehat.

    “u sekolah kan?”

    “i x skola doktor.. i kerja”

    “u tunggu ya.. i dapatkan mc”

    yes. mc satu.

    “terima kasih”

    aku ke bilik 10 untuk amik ubat. kelihatan hubby sedang tido lena. kesian dia kena lalui semua ni dengan aku. lepas aku amik ubat, aku drive balik umah.

    la.. nape ni.. berhenti la menggigil. tapak kaki aku yg menekan pedal minyak x berhenti menggigil. erm.. wat rileks je la.. kereta pon x terhenjut-henjut.

    aku drive 60kmj melalui bukit mantin. gulap-gulita. mata aku kekadang terkatup. ehehee.. kelakar lak rasa yer..

    5 pagi

    sampai jer umah. aku makan 2 keping biskut dan minum air kosong. pastu telan ubat yang diberikan. la ni baru terasa badan sejuk. aku capai selimut terus terlena..

    Kau yang tercantik

    Q : Siapa orang paling cantik kat dunia ini?
    A : Mak aku.

    Q : Siapa orang paling kacak kat dunia ini?
    A : Bapak aku la beb. Ko hensem ker? Hahaha…

    Itula serba sedikit pendirian aku pasal benda subjektif ni. Aku nak dedikasikan pos ni untuk mak aku. Tengah tidur kut. Atau xley tidur dek dengkuran bapak aku yang kuat. Hee.. sabar yer Mak.. Sejak jadi isteri orang ni, x sket x banyak aku akui aku windu kat mak aku. Lebey2 lagi masakan mak aku. hurm..

    Mak, Nina rindukan Mak, Nina sayangkan Mak. Moga Mak sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera di sana. Kepada sesiapa yang masih ada Mak, hargailah Mak anda. Sesungguhnya itulah harta yang tidak ternilai harganya. Dunia pon tidak dapat gantikan Mak anda. -_-”

    Aku ker Titiwangsa?


    Suspen yer tajuk. Lelebey lagi hubby menekup muka yer. Kenapa ya? Hua hua.. Jangan salah paham.. beliau baru sahaja membaca doa selepas azan zuhur..

    Erm.. sepatutnya semalam kitorang p dating, tapi cancel sebab aku semput balik malam kelmarin. Cian, lenkali makan luar lagi yer.. Huhu.. Since aku serik nak makan luar, hubby tapau dr rumah. Piknik gitu. Awal perancangan nak g Taman Tasik Seremban, alih-alih nak gi KL sebab nak p jalan pasar, pastu nak p balai seni lukis negara, pastu terasa gatal lak nak p titiwangsa. Hua hua.. teringat masa zaman bujang dating dengan hubby. auw~

    kitorang tawaf 1 tasik sebelum cari port untuk bersantai.. last2, jumpa 1 port dan yang apa yang xley dilupakan ini merupakan salah satu tempat hubby bertanya.. will u marry me? ha ha..


    Tenang suasana di tasik titiwangsa. Mendengar deruan angin, melihat pancuran air yang tinggi. Sambil-sambil tu menikmati bento yang hubby sediakan. Melihat senyuman hubby. Hilang jap semua masalah yang ada pada diri ni. :)

    I see trees of green, red roses too
    I see them bloom for me and you
    And I think to myself what a wonderful world.

    I see skies of blue and clouds of white
    The bright blessed day, the dark sacred night
    And I think to myself what a wonderful world.

    The colors of the rainbow so pretty in the sky
    Are also on the faces of people going by
    I see friends shaking hands saying how do you do
    They’re really saying I love you.


    I hear babies crying, I watch them grow
    They’ll learn much more than I’ll never know
    And I think to myself what a wonderful world
    Yes I think to myself what a wonderful world.

    Cuaca dan Ramalan
    Menghitung Hari
    Daisypath Wedding tickers
    Daisypath Anniversary tickers
    Kad Kahwin JasnIyiana
    Sembang²
    Ruangan Iklan

    Sony PS2 Slim version
    Add to Technorati Favorites