Guna Flock Update Blog
Tengahari ni agak mengantuk. Sambil2 lunch aku cuba memblogging. Da lama tidak memblog. Aku rasa ramai di luar sana tertunggu-tunggu gambar kahwin aku. Sabarya.. Lately memang asyik letih jer.. Mungkin belum biasa dengan dunia baru. DUNIA BARU TAU!!
Aku telah install browser sosial, iaitu Flock. Flock merupakan salah satu keluaran Mozilla selain daripada Firefox dan lain-lain.

Blog with Flock
Apa yang best kat Flock ni kita boleh edit blog dalam browser tu sendiri tanpa pergi ke laman blog tersebut.
Meh tengok gambar preview yang Iyiana wat.. Jeng jeng..
Tekan bulu ayam ni ya kengkawan untuk memblog dalam Flock..
Inilah tetingkap Blog Post dalam Flock
Sebelum memblog, kenalah set akaun blog. Klik kat Tools menu pastu klik kat Configure Blog Accounts.
Klik kat Add a new blog untuk tambah setting blog anda
Pilih antara 2 pilihan ni. Samada yang pertama atau yang kedua..
Pilihan pertama : My blog is hosted on a service
Maksudnya..
Pilihan ni untuk mereka yang gunakan free weblog seperti blogspot, wordpress, typepad, xanga dan lain-lain
Pilihan kedua : I host my blog, or the service in not listed.
Dengan kata lain, korang yer blog tu korang yang host sendiri atau servis yang lain selain dari yang pilihan pertama tu.
Korang paham x aku cakap apa ni? Kira paham la erk..

Sebab aku host blog aku sendiri, maka aku tekan pilihan kedua dan masukkan url.

La ni kena masukkan Username dan Password

Pas da tekan next, Blog Editor Flock akan check setting korang. Kalo betul, bley la korang memblog guna Flock semudah ABC. Selamat mencuba~~


